Selepas hampir 40 tahun berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid bersara wajib mulai Khamis.<br /><br />Bagaimanapun katanya, beliau akan terus memberi khidmat kepada masyarakat, melalui syarikat guaman yang akan ditubuhkannya.
